Sunday, 11 October 2015

Laman Edibel Pejabat Pertanian Kawasan Langkap (Jabatan Pertanian)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Malam ini saya ingin kongsikan gambar tentang laman edibel... Sekarang di negeri Perak sedang giat mempromosikan Program Jom Bertani... Gambar ini sudah lama saya simpan, tertiba terjumpa gambar ini dalam laptop. Daripada disimpan lebih baik dikongsikan dengan anda semua yang saya sayang....hehehe...


Landskap di dalam gambar ini adalah di sekitar Pejabat Pertanian Kawasan Langkap, Hilir Perak, Perak. Bagi anak pokok yang ditanam di tanah, tanah tersebut eloklah digemburkan dan dicampur dengan kompos dan pasir jikalau tanah tersebut adalah tanah yang keras dan tidak pernah digunakan untuk penanaman.

Sayur yang hendak ditanam, hendaklah disemai dahulu bijinya. Boleh tabur terus seperti biji benih kangkung atau sawi. Tetapi jika kawasan anda banyak siput babi, saya syorkan eloklah disemai dahulu di dalam bekas semaian. Kemudian diubah ke batas atau bekas tanaman. Bukan apa, takut-takut kalau disemai terus ke batas akan dimakan siput babi pula pucuk yang baru muncul tu....silap-silap boleh menangis tau....hehehe... Kalau biji benih murah, tak apalah kan....kalau biji benih mahal, jenuh juga nak beli baru...





























Berbalik semula kepada Laman Edibel Pejabat Pertanian Kawasan Langkap....Bagi tanaman yang ditanam di dalam polibeg, samada alan digunakan untuk pameran atau hiasan sekitar landskap. Bolehlah gunakan idea rekabentuk laman di atas untuk laman anda. Kok bulat atau lain-lain seperti kayu, batu-bata boleh digunakan bagi mewujudkan pengasingan sayuran samada bagi tujuan pembezaan jenis sayur mahupun warna sayur agar nampak lebih menarik.

Selamat mencuba....

16 comments:

  1. subur sekali tanamannya walau tempatnya kecil saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dengan bajanya....mesti subur pokok2....Ini menunjukkan kakitangan di sana rajin-rajin... :)

      Delete
  2. bertani tu berjasa pada bumi., hihi2
    salam senin mak fida tuuu 'p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Wak (baru tau gelaran)..... Berbudi kepada tanah....dapat juga hasilnya nanti...

      Delete
  3. Macam-macam ada tu kenyang perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang perut tu betul...jimat belanja dapur lagi....

      Delete
  4. teringat pokok kucai saya tdk dimakan siput babi cuma sebab ada rumput disekelilingnya ... selamat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada benarnya....sebab siput babi banyak pilihan lain....sebelum dia makan kucai kita...dia akan makan rumput dulu...

      Delete
  5. zaman sekarang memang kena rebut peluang yang ada...kena berjimat dan beringat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pn Wanie...kalau ada masa dan kemahiran...mesti gunakan sebaik mungkin...

      Delete
  6. Abg Ipar okje mmg minat bercucuk tanam Fida, maklum le dulu belajar pun pasal pertanian, kerja pun jadi cikgu pertanian hihi....
    Kagum dengan org yg suka bertani ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah sama suami Okje.....penyumbang oksigen juga tu....
      Suami saya orang besi...tapi setelah dipupuk...minat tu datang juga....yang pasti dia minat cabut rumput...

      Delete
  7. Suka sgt sebenarnya, tapi laman tk bertanah, habis berturap tile, hu hu.., nak ke tanah rezab belakang rumah, ada longkang, ada pagar, jadi makin malasla jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau tanah macam tu...malas juga rasanya....kalau boleh nak keluar rumah terus mengadap pokok....hehehe

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih bagi pihak Jab Pertanian Kawasan Langkap...Perak

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...