Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tanaman cili. Apa yang menarik tentang cili ini ialah ia ditanam menggunakan teknologi organik. Tanpa sebarang baja kimia dan racun sintetik. Jadi, percayalah bahawa cili boleh ditanam secara organik. Teknologi yang digunakan ialah Teknologi DOA Plant Booster.
Pokok Cili Varieti 151 |
Jika dikira jumlah buah cili pada pokok di atas, lebih kurang 33 biji buah cili ada pada pokok. Bayangkan jika setiap buah beratnya lebih kurang 25 gram. Jumlah beratnya 0.85 kg. Ada lagi sebanyak 1.2 kg untuk menghampiri 2 kg. Rasa-rasa anda semua boleh dapat tak 2 kg cili sepokok.
Pokok cili varieti 151 ini jika ditanam di ladang secara terbuka, ia didapati agak rendah sekitar 45 cm tinggi. Ia juga mempunyai ranting yang agak melepai dan jika tiada sokongan dibuat, sudah pasti hujung rantingnya akan mencecah tanah. seterusnya buah akan rosak akibat melecur terkena plastik silvershine dan juga jangkitan oleh penyakit bawaan tanah. Namun jika tunas air tidak dibuang, ia akan kelihatan tinggi. Di dalam amalan agronomi tanaman cili, tunas air yang tumbuh/keluar dari batang utama mesti dibuang.

Terimakasih singgah blog kakak...
ReplyDeleteGeram tengok cili yang bergayutan dipokok yg kecil tu.
Ya...samlah kita.....nak tunggu merah yang lambat....
Deletelebatnya cili fida..boleh cuba teknik tanam gini tksh...
ReplyDeleteIni tanam di tanah puan....kalau secara fertigasi lain pula caranya
Deletelebatnya cili fida..boleh cuba teknik tanam gini tksh...
ReplyDeletekenapa dinamakan 'tunas air' ?
ReplyDeleteDinamakan tunas air kerana tunas/pucuk yang keluar dari batang cili ni akan cepat membesar dan cepat panjang berbanding pucuk yang sepatutnya. Jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok terlalu rimbun dan jika terlalu lembap boleh menyebabkan penyakit.
Delete