Wednesday 28 October 2015

Langkawi SkyCab

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari ini punya cerita....cerita kita pergi bercuti....tapi cuti itu sudah lama ya...

Sesampai sahaja kami di Langkawi SkyCab....tempat pertama yang kami tuju ialah bilik air. Di salah satu bilik air yang kami singgah tu ada keladi hiasan....gembiranya saya....pokok kesukaan ada di sini juga....cantik dan rimbun pula tu...

 Tetapi saya bukanlah nak bercerita tentang pokok kesukaan saya dalam cerita kali ini...saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang percutian kami ke Langkawi yang tidak dirancang tetapi rasa terdorong hendak ke Langkawi atas jemputan kenduri kahwin sepupu bapa saya....dan alang-alang sudah sampai kita berjalan ratalah di Pulau Langkawi ni...Pulau Lagenda...Pulau Mahsuri...

Berbalik kepada Langkawi SkyCab... Tiket diperlukan untuk ke puncak menaiki Kereta Kabel/Gondola.



 Tengoklah betapa panjangnya tiket...ini bermakna kami ni ramai...bawa pula mak dan mak saudara yang memang tak pernah naik kereta kabel...dan juga penakut....jenuh nak tenangkan bagi reda sikit rasa takut mereka...supaya naik juga...

Harga tiket boleh diperolehi secara online di laman sesawang http://www.panoramalangkawi.com/

tetapi kalau kita beli terus di kaunter tiket dan menunjukkan kad pengenalan Malaysia kita, harga akan jauh lebih murah....Pada masa itu, kami dapat beli tiket untuk naik kereta kabel SkyCab dan juga masuk SkyDome. Maknanya harga tiket kami RM 20.00 untuk combo.

NOTE : 
MyKad holders will enjoy special price for ticket purchase directly at the ticketing counter

Sementara menunggu masa menaiki kereta kabel diumumkan, kita bolehlah duduk-duduk rehat atau jalan-jalan cuci mata di sekitar kaunter tiket dan juga di hadapan pintu masuk...lama jugalah menunggu...maklumlah ramainya orang yang menunggu giliran untuk masuk ke dalam...

 Boleh juga melihat-lihat jualan perkhidmatan melukis...atau membeli terus lukisan tersebut...


Setelah melepasi kaunter masuk di Base Station. Terapat tiga stesen yang akan kita lalui...iaitu Stesen Pengkalan (Base Station), Stesen Pertengahan (Middle Station) dan Stesen Atas (Top Station).



Kami memilih untuk menaiki Gondola Biasa (Normal Gondola). Maklumlah, ada antara kami yang penakut....hehehe....Gondola Biasa ini boleh memuatkan 6 orang dengan jumlah berat 480 kg. Secara keseluruhannya, terdapat 35 unit ini gondola biasa di Langkawi SkyCab dan ia mengambil masa 15 minit untuk sampai ke stesen atas.

Jika anda seorang yang berani bolehlah menaiki Glass Bottom Gondola. Ini bermakna anda dapat melihat pemandangan terus ke bawah anda. Jika anda seorang yang gayat pada keinggian dan penakut, saya nasihatkan tak payahlah naik Glass Bottom Gondola ni. Bukannya apa, sebelum lutut kita jadi lemah dan dah tak boleh berjalan di platform pemandangan di atas, lebih baiklah kita elak.
Nanti rugi pula, bayar mahal-mahal tapi sampai atas nak duduk saja.

Ada satu lagi jenis gondola iaitu yang kita boleh pilih iaitu VIP Gondola. Gondola ini akan disediakan kemudahan makan dan minum sambil diiringi melodi sepanjang perjalanan menaiki VIP Gondola.

Satu lagi gondola ialah Private Gondola. Jika anda inginkan privasi tanpa gangguan...bolehlah pilih Private Gondola. Jadi bolehlah beli tiket peribadi (private ticket).
.
Pemandangan dari Base Station

Pemandangan Top Station...

Di dalam kereta kabel
Apabila kita telah sampai di Top Station, ini bermakna kita telah berada di ketinggian 708 meter dari aras laut dan kita betul-betul berada di Gunung MaChinchang. Pemandangan 360 darjah...tapi kena jalan yer...platform ini tak berpusing sendiri macam di Menara Alor Setar.




Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar pemandangan yang sempat saya ambil. Kita juga boleh melihat pemandangan Selatan Thailand dari Top Station ini...

Panorama indah dari atas Top Station
Gambar-gambar kereta kabel SkyCab

Aktiviti yang boleh didapati di Top Station

Di Top Station...

Nak naik SkyCab ni mesti beratur...bagi keselamatan...

20 comments:

  1. BELUM ADA PENGALAMAN NAIK SKY CAB N GONDOLA MESTI MENARIK TU DPT MENIKMATI KEINDAHAN LANGKAWI DARI TEMPAT TINGGI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Puan boleh cuba....saya pun baru tahu gondola tu ada banyak jenis....ingatkan ada satu jenis sahaja....

      Delete
  2. syok nya Fida kaknoor kalau blik kmpong selalu ke langkawi shopping jjee belum pernah naik sky cab ni tunggu lah suatu hari kalau ada rezeki mcm cantik pemandangan dari atas tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak orang mana asalnya....Kampung kat mana...? mesti rajin ke Idaman Suri...tak pun ke Hj Ismail Group kan...

      Delete
  3. Kakak kalau naik tak boleh pandang bawah nanti gayat
    Seronok memang seronok kan... lama sungguh kakak tak ke Langkawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun gayat juga dulu...saya atasi gayat tu dengan panjat tangga untuk cat dinding rumah..... Nanti akak datang la Langkawi kalau ada LIMA lagi.....

      Delete
  4. Fida..kak duk Langkawi dah 27 tahun..tapi tak pernah naik pun cabel car..sebab takut gayat..hihihi...buat malu org langkaei je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sekarang duduk Langkawi ker....cuba lah akak...macam mak saya siap pegang tangan kami lagi....tumpang berani katanya...

      Delete
  5. Pernah jugak merasa naik benda ni masa gi langkawi beberapa tahun sudah. Cukuplah sekali rasanya. Seramnya boleh rasa sampai sekarang haha....

    Lebih lagi bila ada angin tu....kecut perut mak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masa pergi angin elok....tapi perut rasa semacam juga bila nak pijak keluar dari kereta kabel tu....

      Delete
  6. Rindu jugak dengan langkawi... Nyoping minyak gamat... He he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu puan...saya pun lama-lama sekali balik Kedah memang ada juga niat nak ke Langkawi....tak pernah rasa bosan walaupun asyik ke tempat yang sama.....

      Delete
  7. siap duduk bersantai lagi kat situ..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu orang tak ramai sangat....makanan dan asikrim ada dijual....tempat duduk dah penuh pula....jadinya kami duduk jer kat lantai....angin pula sejuk jer...

      Delete
  8. Banyaknya tiket..berapa ramai tu
    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami 15 orang semuanya Puan Yanti....dengan mak saudara dan sepupu...

      Delete
  9. Rasanya kalau saya,..saya akan pilih gondola yg biasa. Saya ni jenis gayat sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama juga....terutama masa dia terhentak masa nak lepas ke laluan selepas baru gerak...terkejut pun ada...

      Delete
  10. Nice weather masa Kak Fida naik sana.
    Kami angin punyalah kuat macam nak terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau angin kuat...mesti macam2 ayat doa dah keluar....
      Kena pergi lagi sekali tu....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...