Wednesday 29 July 2015

Zuccini... Tanaman Makanan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Artikel pada hari ini adala berkaitan tanaman makanan. Kalau tiada makanan langsung boleh mati kita dibuatnya. Sudah semestinya perut asyik berkeroncong sahaja sebab nak diisi dengan makanan.

Tanaman makanan kali ini ialah Zuccini. Tanaman ini agak terkenal di Negara Eropah dan Negara Barat. Di Malaysia, tanaman ini agak baru diterima masuk ke dalam pasaran. Namun semenjak kebelakangan ini, selalau pula saya jumpa Zuccini di pasaraya terutamanya. Di pasar-pasar borong belum jumpa lagilah.

Melalui rujukan dan pembacaan dari blog lain antaranya blog http://animhosnan.blogspot.com/ ... zuccini tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Merupakan tanaman renek. Buahnya menyerupai buah timun. Isinya putih krim. Boleh dimakan segar dan boleh juga dimasak.

Gambar-gambar di bawah saya perolehi melalui lawatan saya ke salah satu ladang menuju ke Cameron Highlands. Pokok zuccini yang ditanam di bawah Struktur Pelindung Hujan adalah sangat berbeza dengan pokok zuccini yang ditanam tanpa Struktur Pelindung Hujan. Nanti saya kongsikan di dalam artikel seterusnya berkaitan zuccini tanpa SPH.

Barisan tanaman Zuccini yang subur.

Saya sangat teruja kerana dapat juga bertemu dengan pokok zuccini. Sebelum ini saya hanya melihat buahnya sahaja. Alang-alang dah jumpa pokoknya, apalagi yang nak ditunggu...ambil gambar banyak-banyaklah jawabnya. Bukan senang dapat masuk ladang orang. Tambahan pula semasa pokok zuccini sedang mengeluarkan hasil.
Laluan yang bersih.

Bunga zuccini pandangan atas. Tidak dapat dipastikan samada bunga jantan atau bunga betina.

Zuccini yang berwarna kuning. Jika bunganya kembang, maka bunga tersebut adalah bunga betina.

Bunga yang atas ialah bunga jantan dan bunga yang bawah adalah bunga betina (sebelum kembang).


Bunga yang telah kuncup tu adalah bunga jantan.

Daun zuccini yang bergerigi di bahagian tepi.

11 comments:

  1. zuccinni pertamakali tengok nampak mcm jenis labu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daunnya seakan daun labu cuma tidak merayap macam labu sulurnya....bunganya memang seakan bunga labu...

      Delete
  2. mcm pokok labu kan ... bunga dan daunnya sama sgt dgn pokok labu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...macam pokok labu...cuma tak menjalar...tumbuh menegak...

      Delete
  3. Bentuk seakan timun jepun bagi yang berwarna hijau

    ReplyDelete
  4. BUah zucchini cepat je membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...lepas debunga sahaja 7-10 hari....puan kan rajin tanam pokok....mesti tahu...hehehehe

      Delete
  5. Zuccini ni sedap dibuat salad kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sedap juga....tapi kalau dah lemau tak sedap...saya kalau buat guna zuccini mesti guna chese

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...