Wednesday, 15 July 2015

Raya Dah Dekat....Jom Buat Samperit...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Raya dah tinggal 2 hari lagi...rakan-rakan sekerja di tempat kerja bersetuju supaya diadakan Latihan Amali Penyediaan Kuih Raya. Di sebaliknya, kuih raya dapat disumbangkan kepada semua kakitangan yang terlibat samada beragama Islam atau sebaliknya. Selain itu dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kami semua....

Yang penting, bila lagi nak keluarkan bakat terpendam....Ada dua resepi yang kami buat pada hari tersebut iaitu pada hari Selasa lalu. Resepi 1 ialah samperit dan resepi 2 ialah popia nestum.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Bagi Membuat Samperit Resepi Cik Ida

Resepi ini disumbangkan oleh Cik Ida. Jika anda dah cuba resepi ini dan ingin ubahsuai lagi tiada sebarang masalah. Kata orang-orang lama jenis tepung yang digunakan pun mempengaruhi rasa dan kualiti kuih/biskut. Lagipun samperit ni ada banyak resepi...ada yang campur susu....ada yang hanya guna tepung jagung sahaja....dan macam-macam lagi....

Baru saya tahu....kuih samperit digelar juga kuih dahlia yer.... ye ke...?

Sebahagian Peralatan/Keperluan
Apa yang penting kena ada peralatan lain seperti mangkuk, pengayak tepung, mesin pengisar, mesin penguli dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Di samping keperluan peralatan, perkara yang tersangat-sangat penting lagi ialah bahan-bahan bagi membuat samperit ini lah...seperti tepung gandum, kastad dan jagung.... 
(Boleh lihat resepi di atas)

Tepung Gandum

Tepung Kastad

Tepung Jagung

Buttercup

Gula

Acuan A (Warna Keemasan)
Acuan B (Krim Plastik)

Buat dengan gembira, walaupun seumur hidup baru 2-3 kali sahaja menekan samperit ni...Jenuh...jenuh.....yang peliknya, guna Acuan A ini ialah ibu jari yang menekan tepung tetapi jari telunjuk pula yang sakit. Al maklumlah pertama kali guna acuan ni....

Bersama kakitangan lain....tengok tu siap tunduk lagi nak tekan tepung...kalau tak senget bunganya nanti...

Bunga yang terhasil dari Acuan A.
Hasil kerja tangan sendiri. Dapatlah 2  talam sahaja kalau hendak dikirakan sebab tumpang-tumpang adunan yang terakhir sahaja.

Perbezaan Bunga Hasil Daripada Dua Acuan Yang Berbeza.

Dah Siap Menekan, Bolehlah Diletak Coklat Chip atau Potongan Ceri Hijau atau Merah.

Proses Pembakaran Samperit Di Dalam Ketuhar.

Hasil Samperit Dari Dua Acuan Yang Berbeza.

Kerja-kerja Membungkus Kuih Samperit Yang telah Siap Dibakar.

8 comments:

  1. Wah biskut kegemaran Tukang Kebun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun minat kuih samperit ni...terutama yang pecah di mulut bila makan...

      Delete
  2. seronok buat kuih berjemaah ni sbb saya kalau buat sorang mmg ke laut jadinya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai-ramai riuh sikit....letih tetap sama...hehe

      Delete
  3. klu x silap saya , resepi tu resepi kuih dahlia . resepi kuih semprit cuma guna susu pekat, tepung jagung , marjerin dan gula . org zmn dulu klu buat biskut , jenis bhnnya sikit je ... klu saya tak salah la kan ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah keliru sebenarnya dengan namanya....jarang buat kuih ni...hehehe

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...