Tuesday 14 July 2015

Nak Makan Belut? Jom Ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Anda peminat belut? Suka makan makanan berasaskan belut? Jika ya...bolehlah anda berkunjung ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia.

Saya telah pergi ke restoran ini pada pertengahan bulan puasa yang lalu. Saja-saja sahaja ke sana sebab dah lama tak makan ayam kampung. Dah sampai di sana barulah terperasan yang restoran ini juga menjual makanan berasaskan belut.

100 gram belut RM 5.50
Di restoran ini belut tersebut boleh dimasak sup, digoreng pedas atau digoreng kunyit. Cuma pada hari tersebut saya tak order belut. Lain kalilah kot.

Inilah gambar belut yang sempat diambil gambar.
 Saya memang makan belut. Pertama kali makan belut ialah ketika berada di Kelantan. Belut yang saya makan adalah belut masak merah.

Ikan lain pun ada juga. Udang dan sotong pun ada.

Dah habis makan...boleh bayar di kaunter bayarannya yang cantik sebab ada bunga hiasan.

2 comments:

  1. Mula suka makan belut masa duduk di Jepun, suka cara masaknya lebih lagi sosnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mulanya tak tahu yang saya boleh makan belut.....sebab kalau tengok mesti geli...apatah lagi nak menyiangnya...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...