Friday, 3 July 2015

Idea Hiasan Laman


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini gembira tak...? Saya...? Saya gembira tetapi tak tahu cara menunjukkannya kepada  orang lain...Cuma hari ini kerja-kerja hakiki yang perlu disiapkan beres dengan cepat dan mudah sehinggakan masa terluang banyak. Terima kasih Allah kerana permudahkan kehidupan saya hari ini....

Oklah...sekarang ini di luar tingkap hujan sedang turun. Hari Jumaat pula tu. Dulu-dulu ketika zaman belajar di universiti, asal hujan sahaja dan agak lebat serta hari Jumaat terutamanya...macam-macam doa dan permintaan saya panjatkan kepada Allah.

Alhamdulillah...semua dapat...kalau ada yang tak dapat pun, saya masih bersyukur juga.

Opps...ini cerita lain sudah bah... saya mau cerita pasal idea hiasan laman yang saya perolehi dari sekitar lokasi yang saya pernah lalu, sampai, jejak dan sentuh dan sempat saya rakamkan menggunakan kamera biasa saya.




Gambar ini diambil di jalan utama hendak menuju ke Lumut. Jika anda hendak ke Pulau Pangkor pasti akan dapat melihat tayar-tayar terpakai yang diubahsuai menjadi cawan.


Ini pula gambar yang saya sempat ambil ketika balik kampung di Kedah. Hiasan ini boleh dilihat di jalan meuju ke Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar Kedah. Berdekatan dengan Hospital Lama Alor Setar. Cantikkan. 


Ini pula gambar pokok kemboja. Warna Pink. Perasan tak di bawahnya ada apa...? Ada haif kelulut. Sekarang ni tengah riuh tentang madu kelulut. Saya pernah rasa. Sedap. Gambar ini diambil di Kompleks Kraf Langkawi.






6 comments:

  1. pokok keladi tu suka saya tgk . klu kat kg , byk je kat kebun . mcm2 corak . kat sini ada 2 jenis je ... lupa siram , mati . bila siram , tumbuh semula ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. keladi kalau rimbun memang cantik...sampai masanya akan dorman...dan akan keluar daun semula sebab umbi hidup lagi.....

      kat rumah saya...tak meriah dengan daun...panas sangat suhunya...daun melecur selalu..

      Delete
  2. Comellah yang gambar pertama tu, kreatif macam cawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la...kreatif kan...Majlis Daerah Lumut...takpun kontraktor yang dapat kerja2 berkaitan...

      Delete
  3. subur n cantik2 tanaman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subur sebab ada orang jaga kak...cukup makan dan minum... yang cantik sekali keladi ...hehe

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...