Sunday, 3 August 2014

Gajus...Benarkah bijinya di luar?

Tahukah anda tentang pokok gajus? Bagaimanakah bentuk bunganya dan buahnya? Buah gajus adalah satu-satunya buah yang mempunyai biji di luar buah.

Gambar 1
Gambar 1 adalah gambar putik buah gajus yang baru hendak membentuk buah. Masih belum ketara lagi bentuk buahnya. Kelihatan biji gajus lebih besar daripada isi buah gajus.
Gambar 2










Gambar 2 pula ialah gambar di mana buah gajus telah jelas dari segi bentuk bijinya tetapi masih belum jelas dari segi isinya atau masih berisi lagi isinya. Maksud saya, biji gajus lebih besar daripada isi buah gajus.
Gambar 3
Gambar 3 pula adalah gambar di mana buah gajus telah berisi. Kelihatan biji gajus pula lebih kecil berbanding isi buah gajus. Cuma masih belum cukup matang atau masak kerana masih berwarna hijau.
Gambar 4
Gambar 4 pula adalah gambar bunga gajus yang sedang berkembang. Cantik juga warnanya. Pink krim. Kecil-kecil sahaja bunganya tapi comel.
Gambar 5










Gambar 5 pula gambar ialah gambar bunga gajus yang berwarna krim kehijauan. Kecil-kecil sahaja bunga gajus ini. Juga cantik dan menarik warnanya.
Gambar 6
Gambar 6 pula menunjukkan gambar bunga gajus dan di sebalik bunga-bunga gajus adalah daun gajus. Di Kelantan ada satu nama tempat dinamakan Ketereh. Ketereh atau gajus adalah pokok yang sama. Pucuk pokok gajus ini selalunya dimakan segar sebagai ulam.










 **************************
Artikel Lain Yang Berkaitan


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...