Saturday, 8 March 2014

Dekorasi Laman : Idea & Ilham Buat Anda

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hari ini saya ada masa sikit. Bolehlah saya mengemaskini blog ini dengan gambar-gambar yang telah lama berada dalam simpanan. Semoga ia dapat memberikan kita semua idea dekorasi laman yang indah, menarik dan cantik.

Ketika berkunjung ke Cameron Highlands 3 bulan yang lalu, saya berkesempatan untuk singgah di satu kedai ni. Dari luar kedai ini kelihatan seperti menjual barang-barang dan cenderamata bertemakan Cameron sahaja seperti magnet peti sejuk, pasu dan bunga keratan. Setelah memasukinya, saya dapati tanaman hiasan pelbagai jenis juga ada. Sayangnya keladi hiasan tidak ada tidak dijual di kedai ini.

Gambar 1
Kalau anda ke kedai atau nurseri tanaman hiasan yang menjual binatang hiasan, bolehlah dihiaskan seperti Gambar 1 di atas. Cuma bagi seorang muslim, selepas membeli binatang hiasan ni, silalah cacatkan dahulu mana-mana bahagian binatang hiasan tersebut supaya tidak menyerupai binatang sebenar.

Saya ada juga membeli katak hiasan sebelum ini. Selepas tu, apa yang saya perasan makin banyak pula katak sebenar yang datang dekat pasu-pasu tanaman hiasan saya....hehehe....

Kalau tak nak binatang, boleh beli cendawan hiasan. Lagi cantik kalau kita cuba cat sendiri. Cuba anda cat seperti apam polkadot coraknya.

Gambar 2
Gambar 2 pula menujukkan salah satu dekorasi laman yang ada di kedai tersebut. Susunatur yang menarik dan cantik serta kemas. Pokoknya pula dibuat menjadi bentuk topiari dan seakan-akan topiari berbentuk cendawan jika dilihat dari jauh. Tetapi apabila dilihat secara dekat, sebenarnya ia adalah susunan pasu-pasu tanaman hiasan yang disusun membentuk topiari. Apabila bunga-bunga hiasan di dalam pasu merimbun, ia akan menutup pasu-pasu plastik dan rimbunan daun tadi membentuk seakan-akan rimbunan daripada satu pokok.

Gambar 3
Pasu-pasu hiasan pula digantung disangkut pada bidai kayu seperti Gambar 3. Sememangnya kedai ini memberikan banyak idea dekorasi laman.

Gambar 4
Ini satu lagi idea yang menarik. Jika anda mempunyai kayu-kayu yang telah dikerat-kerat, bolehlah dijadikan tapak untuk meletak pasu bunga seperti di dalam Gambar 4. Rasanya anda boleh tak buat sendiri? Saya rasa saya pun boleh.

6 comments:

  1. dah follow sini, jika sudi follow balik kat sini, tq..:)
    http://srikandiofficialblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam, boleh saya tau nama kedai yg jual kayu kerat2 utk letak pasu bunga (gamba last skali) ataupun ada tak nombo telepon kedai tu? Mekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...berkaitan dengan nama kedai....saya lupa nak salin atau ambil gambar nama kedai tu....tetapi tips nya ialah...dari Ipoh ia berada di sebelah kanan jalan utama...sebelum Pasar Kea Farm.... kedai ini di bahagian depannya kelihatan barang2 hiasan sahaja....sebelah dalamnya barulah banyak pokok2 bunga.... no telefon tak ada...kalau saya jumpa resit pembelian saya akan maklumkan...

      Delete
  3. mmg menarik sgt2lah. yg penting kena rajin ajelah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu...idea pun ya...pulus pun ya...hehehe

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...