Saturday, 15 March 2014

Asam Gelugor - Asam Keping


Asam Gelugor...

Di Perak, pokok asam gelugor boleh didapati dengan banyak di kawasan Bukit Gantang dan juga di kawasan Kg Gajah.

Produk paling terkenal daripada pokok asam gelugor ni ialah asam keping. Asam keping selalu digunakan dalam kebanyakan menu masakan terutamanya masakan laksa.

Mesin Pemotong Buah Asam Gelugor
Mesin pemotong buah asam gelugor perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia sangat laju apabila berfungsi.

Hirisan Buah Muda Asam Gelugor
Buah asam gelugur muda (hijau) yang telah dihiris/dipotong menggunakan mesin pemotong. Hasilnya ketebalan hirisan adalah sekata. Ini bermakna kadar atau tempoh masa pengeringan asam gelugor akan berlaku dengan serentak.

Hirisan Asam Gelugor Yang Disusun Kemas


Hirisan buah asam gelugor tadi disusun di atas jaring sebelum dijemur di bawah cahaya matahari. Terdapat juga sesetengah pengusaha yang mengeringkan hirisan asam gelugor di dalam bilik pengeringan/rumah pengeringan dan kaedah ini amat sesuai sekiranya musim tersebut adalah musim hujan. Namun rata-rata pengusaha lebih sukakan cahaya terik matahari bagi kerja-kerja pengeringan.


14 comments:

  1. blh wat jeruk tak ? rasa mcm blh jer kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dibuat jeruk...saya pernah rasa...halwa pun ada dibuat...jem pun ada.... saya pernah juga rasa acar yang dicampur dengan asam gelugor ni....sedap...

      Delete
  2. Berapa harga mesin ni tuan.
    Email: zulcarlos3898@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat maklumat mesin ini boleh dibeli di Pulau Pinang...cuma maklumat syarikat tersebut saya belum dapat jejak lagi...kalau dah ada nanti saya kabor kan...

      Delete
  3. Salam. Saya Hefni dari Medan (Indonesia), nak tanya2 sedikit perihal asam gelugor ini. Boleh saya minta CP (email)?
    Mohon bantuannya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. kt mn ek nk beli mesin asam gelugor tu??

    ReplyDelete
  5. Di Pulau Pinang....syarikat tersebut saya tidak tahu namanya dengan jelas....kerana pemiliknya tidak dapat dihubungi kerana bertukar nombor fon...

    ReplyDelete
  6. Kalau pandai boleh buat sendiri je asam kpg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Y betul tu....kena rajin nak ppotong asam keping tu...pastu jemur....jangan lupa angkat dah la...hehehe

      Delete
  7. Masih ada cuma tak dapat nak hubungi pemilik mesin tersebut..

    ReplyDelete
  8. ada sesiapayang boleh membekalkan asam keping tak kat sn..saya nak borong

    ReplyDelete
  9. ada sesiapayang boleh membekalkan asam keping tak kat sn..saya nak borong

    ReplyDelete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...