Friday, 31 January 2014

Tebu... Penyediaan Keratan Tebu




Sekali tengok, nak tanam tebu ni nampak macam senang tetapi nak tunggu hasilnya sahaja yang lama. Kalau tidak diserang anai-anai, ulat pengorek batang dan lain-lain perosak serta penyakit, Insya Allah hasilnya pun akan tinggi samada dari segi duit mahupun air tebu.

Setelah sumber bagi mendapatkan bekalan tebu diperolehi. Lagi mudah kalau kita boleh dapatkan tebu yang telah dikerat-kerat. Jimat lah masa kita sebab dah tak payah cari masa untuk kerat batang-batang tebu yang panjang-panjang di samping dapat menjimatkan tenaga.

Tetapi kalau anda tidak dapat memperolehi tebu yang telah dikerat. Jangan risau, apa yang kita kena buat ialah sediakan kelengkapan seperti parang, alas bagi tujuan mengerat seperti kayu. Apa yang penting mesti ada batang tebu dulu. Kemudian cari tempat duduk yang sesuai untuk memulakan kerja-kerja mengerat batang tebu.

Mula-mula sekali kena kerat batang-batang tebu yang ada matatunas. Sekurang-kurangnya 3 matatunas. Lihat gambar di atas. Ketika kerja-kerja mengerat dilaksanakan, pastikan matatunas tidak cedera. Sekiranya cedera Insya Allah keratan tadi tidak akan bertukar matanya menjadi anak pokok tebu.


Keratan-keratan tadi dikumpulkan. Setelah siap semua keratan tadi bolehlah ditanam ke dalam lubang penanaman. Jika anda nak tanam serong pun boleh....nak tanam baring pun boleh.... nak tanam tegak pun boleh. Tetapi teknik penanaman baring adalah yang terbaik setelah dilakukan pemerhatian kecil.  


2 comments:

  1. Salam, oh tanam tebu baring lagi bagus ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat...tanam tebu secara baring lagi bagus....sebab bila anak-anak pokok muncul...akar yang terbentuk dapat terus mencengkam tanah dengan baik...nutrien dpt lebih...dan tahan lasak...

      Kalau tanam tegak....anak pokok yang tahan lasak akan keluar dari dua mata tunas .... yang kat bawah .... satu mata tunas lagi kat udara....walaupun anak pokok terbentuk tetapi jika kita tidak limbun atau kambus dengan tanah....anak pokok tersebut akan kalah dengan anak-anak pokok dari mata tunas yang di bawah tadi....

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...