Saturday 18 January 2014

Kacang Peas

Ketika singgah di kebun ini, matahari sudah meninggi menghampiri 12.00 tengahari. Panas juga hari itu. Namun kerana ingin mendapatkan juga maklumat berkaitan kacang ini, saya pergi juga ke kenun tersebut bersama rakan sepejabat sebagai teman.

Alhamdulillah, pemilik pokok kacang peas ini ada di kebunnya dan tengah mengutip kacang-kacang peas yang bergayutan di hujung-hujung ranting pokok. Gigih benar nampak uncle tersebut bersama isterinya (saya panggil auntie) mengutip kacang-kacang tersebut sambil mendongak ke atas.
Daun-daun yang rimbun menghalang pancaran cahaya matahari dari terus mengenai mata mereka.
Kalau sayalah yang asyik mendongak, alamatnya sakit lah leher saya.

Kebun ini terletak berhampiran Simpang Pulai, Perak dan menghala ke arah Changkat Larang, Lahat. Sekiranya anda dari arah Simpang Pulai, kebun ini terletak di sebelah kanan anda. Pemilik kebun hanya mengusahakan kaki lima jalan taman perumahan untuk menanam kacang ini.

 Bunga kacang ini berwarna putih krim.

Bunganya tumbuh menegak ke atas.

 Pokoknya boleh ditanam sehingga 2 tahun lamanya atau lebih jika pembajaan dan pengairan adalah baik.

 Mempunyai daun majmuk (trifoliat).

 Bentuk buah seperti bentuk buah kacang peas yang selalu kita jumpa di pasaraya. Cuma biji kacang peas yang biasa kita jumpa di pasaraya bijinya berwarna hijau tetapi biji kacang ini berwarna krim.

Kulit buahnya berwarna hijau keputihan berbanding kacang peas yang kita selalu jumpa di pasaraya yang berwarna hijau.

4 comments:

  1. Replies
    1. Hijau dan putih krim...dua warna yang sesuai serasi...hehehe

      Delete
  2. Apa menu spesel utk masak kacang peas ye? Hiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle dan Aunty tu cakap masak sup saja....sebab Chinese suka sup....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...